Podcast Bosan : Virtual Fitness, Obesiti dan Gaya Hidup Sihat

Published: July 9, 2021, 8 a.m.

b'

Norma baharu dalam aktiviti kecergasan bukanlah sesuatu yang mudah bagi pemilik gimnasium dan studio kecergasan malah kepada penggemar aktiviti senaman juga.\\xa0

Bagi para jurulatih, ia menjadi satu cabaran untuk menjalankan kelas kecergasan secara digital berbanding dengan cara tradisional seperti "one-to-one session" yang selalu dipraktikkan. Lebih banyak kreativiti yang perlu diterapkan dalam kelas mereka untuk membantu pelanggan mencapai sasaran yang ditetapkan dari jarak jauh.\\xa0

Sama juga seperti pelanggan dan penggemar aktiviti senaman, mereka perlu kekal konsisten dengan aktiviti senaman di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan cara baru dalam kelas senaman mereka.\\xa0

Dalam episod Podcast Bosan ini, En Firdaus, Pengarah Urusan Absolute Wellness banyak berkongsi tentang virtual fitness secara am, perkhidmatan studio senaman beliau, kadar obesiti dan juga kesihatan mental dalam kalangan orang Malaysia lebih-lebih lagi dalam era pandemik ini.\\xa0

Key Takeaways:

01:42 - Latar belakang Absolute Wellness - studio senaman secara berkumpulan

03:35 - Norma baharu dalam kelas kecergasan secara maya @ virtual fitness classes

06:05 - Cara Absolute Wellness kekal relevan dalam industri kecergasan sepanjang pandemik

11:11 - Mengaplikasikan pemasaran digital dalam bisnes kecergasan

15:31 - Kecergasan secara fizikal vs maya - apa kelebihan dan kelemahannya?

17:26 - Didik pelanggan tentang pengetahuan am dalam kecergasan

21:02 - Obesiti bukan pandemik tetapi epidemik

21:20 - Inspirasi ceburi bidang kecergasan\\xa0

24:25 - Trend gaya hidup orang Malaysia - senaman dan pemakanan

27:00 - Senaman bantu dalam kesihatan mental

27:15 - Hormon-hormon stress -cortisol, adrenaline dan dopamine

29:47 - Take a baby step

'