Podcast Bosan Special : Bagaimana Teknologi Membawa Negara Kepada Kemerdekaan Sebenar?

Published: Aug. 30, 2021, 3 a.m.

b'

Kita sudah mencapai episod yang ke-100 untuk Plug-In with MARii! Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang setia mendengarkan kami berbincang tentang teknologi dan trend terkini dalam industri.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 buat Malaysia, kami tanya Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Ts. Madani Sahari tentang erti kemerdekaan.

Bunyinya klise, tetapi bak kata Dato' Madani, kemerdekaan harus dicapai oleh semua rakyat Malaysia, bukan sahaja dari segi fizikal, malahan mental, emosi dan juga corak pemikiran.

Dalam era digitalisasi ini, kepentingan bagi negara adalah untuk memupuk dan menerapkan penerimaan sejagat terhadap teknologi-teknologi yang semakin berkembang ketika ini. Kita dengar pendapat Dato' Madani tentang bagaimana teknologi dapat membawa negara kepada kemerdekaan sebenar.

KEY TAKEAWAYS :

1:07 - Apa erti merdeka bagi Dato' Ts. Madani Sahari?
9:00 - Pentingnya memerdekakan mindset\\xa0
10:39 - Di manakah Malaysia dalam penerapan teknologi?\\xa0
17:15 - Peranan MARii membantu pemain industri memajukan automotif negara
18:30 - Platform Enterprise Resource Planning (ERP) MARii yang efektif\\xa0
19:47 - Tukar mindset tentang pentingnya teknologi, tak kira CEO ataupun operator
23:00 - Jangkaan dalam industri automotif dalam 5-10 tahun akan datang
25:35 - Bagaimana kita boleh galakkan penerimaan terhadap teknologi dalam kalangan muda-mudi?
26:34 - Merdeka dalam Perintah Kawalan Pergerakan\\xa0
27:50 - Kuatkan semangat, tambah ilmu dan pemikiran positif

Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada yang lain untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod.\\xa0

Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0!

'