Podcast Bosan : Keselamatan Jalan Raya - Di Mana Silapnya?

Published: Sept. 13, 2021, 1 p.m.

b'

Walaupun kes kemalangan jalan raya semakin menurun semenjak PKP dikenakan, namun amat sukar bagi negara untuk mencapai sifar kemalangan. P

Di mana silapnya? Bagaimana dengan kawalan undang-undang jalan raya di Malaysia? Adakah sikap pengguna jalan raya semakin baik atau tidak? Pertambahan pengguna basikal di atas jalan raya - adakah risiko semakin bertambah?

Kami bawakan Professor Dr. Kulanthayan KC Mani daripada Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety.

KEY TAKEAWAYS:

3:52 - Data kemalangan jalan raya pasti pecah rekod daripada tahun sebelumnya
4:52 - Statistik kemalangan 2021 makin menurun akibat PKP - signifikan atau masih boleh dikurangkan?
5:59 - Kemalangan jalan raya boleh berlaku dimana-mana saja
6:21 - Kelajuan kenderaan tinggi, peluang mengawal kenderaan menjadi kurang, masa reaksi terhad
8:49 - Jalan raya dikongsi bersama dengan pengguna yang lain
10:15 - Kawalan undang-undang ke atas pemandu mabuk - adakah sudah cukup?
13:16 - Jadikan kesedaran sebagai budaya
14:19 - Terapkan amalan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak
15:48 - Cara mempersiapkan diri dengan situasi normal pergerakan di jalan raya
16:47 - Beralih lah kepada pengangkutan awam yang lebih selamat
19:21 - Motosikal lebih berisiko tinggi dalam kemalangan\\xa0
25:30 - Pasang lampu motosikal pada waktu siang dan malam - ini sebabnya!
28:44 - Topi keledar mengurangkan kecederaan kepala pengguna motosikal kepada 57%-87%
30:21 - Ramai yang tidak menggunakan topi keledar dengan betul
34:00 - Pertambahan pengguna basikal di atas jalan raya - risiko makin bertambah?
38:07 - Bagaimana perkembangan teknologi membantu dalam mewujudkan ekosistem automotif yang selamat?
40:50 - Aspek teknologi keselamatan perlu diteliti ketika membeli kenderaan
42:05 - Peranan Global Alliance of NGOs for Road Safety

Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada yang lain untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod.\\xa0

Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0!

'