Podcast Bosan : Bagaimana PKS Boleh Menerapkan IoT?

Published: Aug. 2, 2021, 3 a.m.

b'

Dengan situasi pandemik yang melanda sekarang, tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu bergantung kepada digitalisasi untuk terus relevan dan berkembang dalam industri mahupun dalam kehidupan seharian.

Internet Benda, atau lebih popular dengan singkatan IoT (Internet of Things) merupakan antara topik yang sering dibualkan. Sebagai elemen dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), teknologi IoT bersifat baharu dan lebih pintar dari yang sedia ada.\\xa0

Namun, bilakah kemunculan IoT di Malaysia? Adakah IoT sudah difahami oleh seluruh masyarakat atau masih belum diterima sepenuhnya?

Dr. Mazlan Abbas, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot Sdn Bhd berkongsi\\xa0 pandangan sebagai "Top 50 Global Thought Leader" terhadap pelaksanaan dan penerimaan IoT di Malaysia.


KEY TAKEAWAYS:

02:14 - Sejarah IoT di Malaysia
03:15 - Mengenali Kevin Ashton, "Father of Internet of Things (IoT)"
07:29 - Penggunaan awal di Malaysia -\\xa0 Machine-to-machine\\xa0
08:23 - Trend IoT Di Malaysia
10:07 - Pelancaran National IoT Roadmap
11:18 - Industry4wrd dilancarkan di Malaysia\\xa0
14:21 - Pertanian antara sektor yang menggunakan IoT
14:59 - Misi dan visi Favoriot Sdn Bhd
18:09 - 4 Komponen IoT - Sensor, Connectivity, Cloud, Application
20:58 - Manfaat IoT - bagaimana penerimaan rakyat Malaysia?\\xa0
24:49 - Cabaran memupuk kesedaran tentang IoT
28:20 - Bandar Pintar atau Smart City - adakah mustahil?
32:30 - Harapan Malaysia menjadi hab pengeluar IoT

Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada yang lain untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod.\\xa0

Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0!




'