Sektor ekonomi negara sangat terkesan dengan situasi pandemik dan kawalan pergerakan yang dikenakan apabila hampir kesemua perusahaan dan perniagaan tidak boleh beroperasi seperti biasa. Oleh sebab itu, kerajaan sangat menggalakkan digitalisasi dan mendorong perniagaan dalam talian.
Pemasaran digital menggantikan kaedah tradisional yang para usahawan gunakan. Dengan adanya platform dalam talian seperti media sosial, kini pengusaha boleh memanfaatkan ciri-ciri yang boleh membantu mereka memasarkan produk dengan lebih cepat dan menarik. Namun, asas pemasaran digital semestinya perlu dikuasai terlebih dahulu.
Dalam episod terbaru Podcast Bosan ini, Fazirul Nizar Dzulkifli, Penolong Pengurus, Jabatan Pembangunan Pasaran Selepas Jualan di MARii menceritakan inisiatif MARii dalam menawarkan program Digital Marketing bagi para usahawan yang ingin memulakan pemasaran digital bagi perniagaan mereka.\xa0
\xa0
KEY TAKEAWAYS:
03:15 - Trend perniagaan dan ekonomi dalam situasi kawalan pergerakan\xa0
06:45 - "Case study" perniagaan yang berjaya beradaptasi dengan digitalisasi\xa0
09:41 - Kos pemasaran - adakah berbaloi untuk berbelanja lebih?\xa0
14:55 - Inisiatif MARii melalui program "Digital Marketing"\xa0
16:10 - Siapakah kumpulan sasaran untuk program "Digital Marketing"?\xa0
20:10 - Konsep "frenemy" dalam industri perniagaan\xa0
21:10 - Peluang dalam perkembangan dan rangkaian perniagaan dengan pihak berkepentingan\xa0
24:28 - Expect the unexpected
\xa0
Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada rakan-rakan bisnes anda atau keluarga untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod.\xa0
Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0.!